Malay English

Mengenai Kami

About Us

LLP.COM.MY PLT dan Dynamic One Management Services Sdn Bhd ("DONE") merupakan syarikat yang menawarkan pelbgai servis kepada perniagaan, korporat setiausaha, perancangan dan perkhidmatan pengurusan. Kami pakar dalam pembentukan pernigaan dan sebagai penasihat pentadbiran berterusan kepada syarikat-syarikat Malaysia dan entiti "offshore" yang meliputi pelbagai bidang kuasa utama termasuk Kepulauan Virgin British, Cayman Islands, Mauritius, Antillen Belanda, Hong Kong, Indonesia dan Singapura.

Mengapa Kami Berbeza

DONE mengamalkan "pelanggan diutamakan" iaitu falsafah mencerminkan komitmen kami dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti yang komprehensif dan benilai tinggi. Kami berkhidmat kepada pelanggan kami berdasarkan :

Fleksibiliti - pelanggan kami boleh menikmati nilai tambahan yang khususnya bersesuaian dengan keperluan perniagaan mereka. Mereka juga boleh memilih pakej perkhidmatan alternatif (iaitu pakej perkhidmatan penuh atau pakej khusus) bergantung kepada keperluan perniagaan masing-masing.

Kebebasan - Selaras dengan permintaan global ke arah ketelusan dan bebas dalam profesion kami, kami beroperasi secara tulus dengan rakan-rakan perniagaan kami.

Kebolehpercayaan - Kami mempunyai rekod yang terbukti dalam menyampaikan kualiti perkhidmatan yang tinggi kepada pelanggan kami dengan profesionalisme dan integriti.

Pengetahuan teknikal yang kukuh - kami mempunyai pasukan yang berpengalaman dan berkelayakan profesional. Kami menawarkan kepakaran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang kerja kami masing-masing serta bekedudukan sedia ada untuk memberi nasihat dan penyelesaian baik kepada pelanggan kami.

Ketepatan masa - struktur dalaman dan aliran kerja kami telah direka untuk membolehkan tindak balas tepat pada masanya dan berkesan untuk keperluan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami yang berada dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa cepat berubah dan kompetitif.

Impian Kami

Sebagai syarikat yang berorientasikan perkhidmatan profesional, kami menganggapkan pekerja-pekerja kami sebagai aset yang paling berharga dan kualiti yang akan menjadi penentu utama kepada kajayaan kami. Pasukan kecil kami yang berkembang mengumpulkan profesional dari latar belakang yang berbeza, masing-masing telah lama menceburi pelbagai industri di dalam dan luar negari. Mereka menawarkan pelbagai idea dan perspektif kepada pelanggan kami, bersemangat dan berkomitment tinggi untuk sedia berkhidmat. Lebih penting lagi, mereka adalah orang yang berintegriti dan jujur berkeyakinan. Ini mendalamkan kepercayaan terhadap kami daripada pelanggan kami atau profesional yang berurusan dengan kami.