Malay English

Bantuan

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)?

LLP adalah satu alternatif yang menawarkan gabungan ciri-ciri antara perkongsian konvensional dan syarikat. Ciri-ciri istimewa adalah bahawa fleksibiliti dalam pentadbiran dari perkongsian konvensional dan status liabiliti terhad yang diberikan kepada rakan-rakan dari sebuah syarikat.

Mengapa LLP di Malaysia?

-Untuk menyediakan alternatif kepada komuniti perniagaan untuk melengkapkan pilihan tradisional milikan tunggal, perkongsian dan syarikat (tempatan dan asing)
-Untuk menyediakan akses kepada status liabiliti terhad untuk jenis perniagaan perkongsian
-Lebih pilihan cara perniagaan dengan kos berpatutan

Apakah perbezaan di antara LLP dan Syarikat?

Terdapat banyak perbezaan asas antara LLP dan syarikat. Antaranya ialah : -
-Tiada terbitan saham
-Fleksibiliti dalam membuat keputusan
-Tiada keperluan rasmi untuk Mesyuarat Agung Tahunan
-Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan kepada SSM
-Akaun tidak perlu diaudit.

Apakah perbezaan di antara LLP dan perkongsian umum?

LLP menawarkan liabiliti terhad kepada rakan-rakan kongsi di mana hutang dan obligasi LLP akan ditanggung oleh aset-aset LLP. Dalam kes perkongsian konvensional, rakan kongsi perlu menanggung liabiliti tidak terhad bersama dalam perkongsian, termasuk aset peribadi.